assalamualaikum
jom kita mengimbau kembali kisah 2010...
2010 banyak kenangan suka & duka..pahit & manis kehidupan..
2010 banyak ajar erti kehidupan..
2010 mengajar erti keredhaan..
segalanya 2010..
moment 2010
berjaya tamatkan matriks dengan result yang baik..walaupun bukan la 4.0 tapi untuk subject fizik ku score A (muka bangga di sini ye) ..sekali gus mengekalkan rekod bersih untuk fizik..okeyh ncik fizik lurve kamoo lebey-lebey la..& thanks juga pada ncik M banyak membantu serta mengusutkan kepala kamoo dengan saya untuk tolong saya jatuh chenta dengan fizik eh..jasa mu di kenang sampai ari nie ncik M walaupun kita selalu bercanggah pendapat (da mula terkenangkan memori dengan ncik M..oh better stop it sebelum banjir T__T )..
berjaya menempatkan diri ke universiti kebangsaan malaysia (UKM) dalam bidang sains fizik..bidang yang tak pernah terfikir pun dari kecik untuk apply..hohoho..cita-cita saya ingin menjadi seorang GEOLOGIST..dari SPM lagi da aim nak sambung asasi kat UM..tapi result mcm hampeh je..xapply la..so lepas matriks memang nak apply geologi kat UM..tapi ayah xkasi.. (waaa..sedih-sedih..nangis cepat!!) ..then terfikir cadangan ncik M yang suruh apply sains fizik di UKM..so tanpa fikir fikir banyak kali & survey dulu peluang pekerjaan, tanya pendapat orang lain baru buat keputusan..tapi letak geologi pilihan keempat sebab pilihan 1 sampai 3 semua fizik dengan harapan dapat geologi..bila da kuar keputusan upu dapat sains fizik UKM..hohoho..redha je la..
moment paling sedih..tak penah rasa sesedih macam nie..setahun bersama ncik M then ncik M minta putus..agak down juga untuk beberapa bulan rasa nya sampai sekarang..tapi dah ok dah..da boleh terima kenyataan.. (tak nak cite panjang pasal nie nanti banjir lagi)
moment paling happy dapat spent time ngn ncik M beberapa kali lepas dah xde pape..thanks ncik M sebab sudi keluar dengan saya..moment paling best sepanjang tahun 2010..
hujung-hujung tahun agak tertekan juga sebab final exam sem 1..jadual dipercepatkan..dalam 5 hari amik 6 paper..fuhh semput gak la nak study..xde gap langsung..then notice tukar jadual pun last minutes & lebih teruk xde study week..last presentation hari jumaat before exam week..tapi alhamdulillah result ok walaupun tak dekan..tapi puas hati la xde yang kena repeat..
hujung tahun di UKM.. sem 2 da start hampir 2 minggu..banyak azam tahun lepas terlaksana & ada yang tersasar dari landasan (lain yang azam lain yang buat)..
untuk tahun 2011 banyak azam yang nak di capai & harap tercapai la..
HAPPY NEW YEAR!!